Kelas Asas Microsoft Word
23 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2024, telah berlangsung Kelas Asas Microsoft Word. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga 06:00 petang. Kelas ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan untuk mengajar pelajar sekolah menengah cara penggunaan Microsoft Word dalam menyiapkan kerja kursus.
Sepanjang kelas berlangsung, staf NADI telah menunjukkan cara untuk memasukkan gambar daripada komputer ke dalam dokumen dan Staf NADI telah menunjukkan cara untuk mengeksport jadual dari Microsoft Excel ke Microsoft Word.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dengan pelajar sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: